Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan: Liew bertemu semua Ahli Parlimen petang ini





 KUALA LUMPUR: Kesemua 222 Ahli Parlimen (MP) dijangka akan menghadiri satu pertemuan di Parlimen bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengenai pindaan yang dicadangkan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada pukul 2.30 petang ini.

Sebelum ini, pertemuan berasingan dengan menteri yang sama dijadualkan pada pukul 12.30 tengah hari di tempat yang sama, khusus untuk para pemimpin Pakatan Harapan (PH) dari Sabah dan Sarawak.

Menurut sumber dipercayai, pertemuan pada tengah hari itu bertujuan untuk mengadakan perbincangan yang lebih baik. 

Ia selain mencapai konsensus mengenai rang undang-undang (RUU) pindaan dengan bacaan pertama yang dibentangkan pada 4 April lepas.

Para pemimpin PH dari Sabah dan Sarawak dikatakan boleh mengesyorkan sebarang saranan kepada menteri berkenaan sewaktu taklimat untuk mengadakan perbincangan yang lebih berhasil.

RUU pindaan itu, yang bertujuan mengembalikan status Sabah Dan Sarawak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan pada 1963, akan menyaksikan bacaan keduanya di Parlimen esok.

Sebelum ini semua MP Gabungan Parti Sarawak (GPS) membantah pindaan yang dicadangkan sewaktu bacaan pertama pada 4 April lalu.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...