Seagal tiba di Kuching untuk AIFFA



KUCHING: Pelakon popular Hollywood Steven Seagal tiba di Kuching hari ini sebagai tetamu khas Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 yang akan diadakan mulai 25 hingga 27 April di sini.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada kira-kira pukul 2.15 petang, disambut para pegawai AIFFA.
Seagal terkenal dengan filem aksi seni mempertahankan diri seperti 'Above The Law'. 
AIFFA adalah acara dwitahunan bagi pembuat filem dari 10 negara anggota ASEAN dan mula dianjurkan sejak 2013.
Ia yang kini masuk edisi keemat menawarkan 17 kategori anugerah meliputi semua aspek utama dalam teknikal dan kreativiti pembikinan filem.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...