Isu Pembinaan Jalan Sedi-Sebako Akhirnya Berjaya Diselesaikan Selepas Diadakan Sesi Dialog

DARO: Satu sesi dialog membabitkan syarikat kontraktor dan agensi pelaksa yang terlibat dalam pembinaan Jalan Sedi-Sebako telah diadakan bagi mencari jalan penyelesaian.

Menteri Muda Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) YB Abdullah Haji Saidol berkata satu jalan penyelesaian perlu dilakukan bagi membolehkan projek pembinaan Jalan Sedi-Sebako ini dapat diteruskan dan boleh digunakan penduduk kampung.

"Dialog ini diadakan bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dihadai oleh agensi pelaksana dan kontraktor. 

"Perbincangan ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) mencadangkan satu laluan baru yang disambung ke Jalan Ban DID dengan 250 meter sahaja.

"Laluan ini hanya memerlukan persetujuan daripada 5 orang pemilik tanah yang terdiri daripada penduduk Kampung Sebako sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan sesi dialog Cadangan Pembinaan Jalan Sedi-Sebako di Pejabat Daerah Daro di sini, semalam.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata jalan ini amat diharapkan penduduk Kampung Sebako kerana ini adalah jalan utama untuk keluar ke kawasan lain.

"Jalan Sedi-Sebako merupakan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Khas dari Kerajaan Sarawak sebanyak RM5 juta. 

"Projek ini telah ditender pada tahun lepas dan telah dimenangi Syarikat Rimbunan Prima Sdn Bhd.

"Projek bermula pada 30 April 2018 dan dijangka siap pada 29 April 2019," tambahnya. 

Hadir sama Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli, DE JKR Toh Chee Leong, Penguasa Jabatan Tanah dan Survey (JTS) Mohamad Asri Hj Yahya, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Mukah dan Ketua-ketua Masyarakat. 





No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...