Kes cabul: Shahidan dilepas tanpa dibebaskan



KANGAR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memutuskan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilepas tanpa dibebaskan atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lalu.


Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu secara tertutup selepas mendengar keterangan tiga saksi termasuk mangsa.

Terdahulu, saksi pertama, Inspektor Norzuki Hussain tampil memberi keterangan diikuti Inspektor Nor Fattah Abdullah.

Mangsa kemudiannya turut tampil memberi keterangan secara tertutup.

Shahidan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual dengan menyentuh bahu hingga tangan remaja perempuan bawah umur berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam kereta Toyota Harrier di tepi jalan kira-kira jam 11.30 malam di perkarangan Stadium Syed Putra, di sini, pada 20 Oktober tahun lalu.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail, manakala Shahidan diwakili peguam Zamri Ibrahim, Zuhair Ahmad Zakwan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

Sementara itu, Zamri berkata, pihak pengadu memutuskan untuk menarik balik aduan berkenaan.

Katanya, pihaknya turut berterima kasih kepada pihak pendakwa kerana menarik balik aduan.

"Berdasarkan keputusan pengadu untuk tidak meneruskan kes walaupun keterangan lima saksi termasuk pengadu sudah diambil.

"Kiranya, habislah kes ini dan jaminan turut dipulangkan."

"Tidak timbul isu untuk buat rayuan dan sepatutnya ada lagi enam saksi patut dipanggil untuk memberikan keterangan," katanya.

Sementara itu, Shahidan ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai keputusan itu.

"Saya berpuasa, saya orang Islam dan saya ikut keputusan....," katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...