BETONG: Seorang remaja 18 tahun cedera di badan dan kepala setelah merempuh pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika cuba memotong berhampiran simpang perkuburan Cina dekat Jalan Jungkong, lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah (KPD) Betong Deputi Superintendan Mohd Fahdil Antum Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan katanya, insiden berlaku kira-kira 5:30 petang.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila motorsikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Mohamad Rizal Turki yang berada di belakang Nissan Navara APM cuba memotong.
"Ketika tiba berhampiran simpangan perkuburan Cina, kenderaan APM yang dipandu Roslan Jamel, 32 membelok masuk ke simpang sebelah kanan.
"Pada masa yang sama motorsikal dari arah belakang cuba memotong, dan terus melanggar pacuan empat roda APM di hadapannya," kata Fahdil.
Ketika cuba mengelak, kenderaan APM turut tersungkur ke parit berhampiran.
Akibat daripada perlanggaran tersebut jelasnya, Rizal mengalami kecederaan dan dirujuk ke Hospital Betong bagi rawatan lanjut.
Sementara pemandu APM tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-SuaraSarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...

-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...
No comments:
Post a Comment