Warga emas hilang ketika mandi sungai



 
MUKAH: Seorang warga emas dari Rh Sylvester Bana dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Tepus, Ulu Balingian, dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, mangsa dikenali sebagai Perau Anggar, 74, dikatakan tidak balik ke rumah sejak Isnin selepas keluar untuk mandi di sungai sekitar 11 pagi.

"Isteri mangsa bersama penduduk kampung telah berusaha melakukan pencarian pada petang Isnin dan Selasa, namun mangsa masih belum ditemui," katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi hari ini.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi polis, mangsa sering ke sungai untuk mandi dan akan balik semula setelah selesai.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan esok pagi.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...