Bantuan buku kerja, kipas angin dan tawaran insentif RM1000 untuk murid SK Abang Leman




KABONG: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman, Kabong mendapat suntikan semangat apabila menerima bantuan kewangan untuk membeli buku kerja UPSR daripada ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir pagi tadi.

Bantuan berjumlah RM5,950.00 diserahkan dalam bentuk cek kepada Yang Dipertua PIBG SK Abang Leman, Johan Haji Rahman ketika berlangsung sesi Randau Bersama Ibu Bapa SK Abang Leman di Arena RMT sekolah tersebut.

Turut dimaklumkan adalah tawaran insentif pemberian hadiah wang tunai sebanyak RM1000 bagi calon yang berjaya memperoleh kelulusan penuh 6A dalam ujian UPSR sebagaimana yang telah dilaksanakan bermula pada tahun lalu.

Selain itu dalam majlis yang sama Chee turut menyampaikan sumbangan 10 set kipas untuk tujuan tambahan kipas sedia ada bagi kegunaan asrama puteri sekolah itu.

Chee yang hadir bersama isteri, Meryani Haji Yasin berharap dengan sumbangan yang dan insentif yang dijanjikan akan meningkatkan motivasi murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Hadir sama dalam Majlis Randau Bersama Ibu Bapa itu ialah Guru Besar SK Abang Leman Kabong, Haji Bujang Haji Lee, Penolong Kanan Pentadbiran, Fatimah Haji Bili dan ibu bapa pelajar.-SarawakVoice

Chee menyerahkan cek sumbangan kewangan untuk membeli buku kerja murid Tahun 6 kepada Johan Haji Rahman.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...