Reds ambil alih carta teratas



Pemain Cardiff City, Sean Morrison mengasari pemain Liverpool, Mohamed Salah dalam kota penalti pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto Reuters


LONDON: Jaringan Georginio Wijnaldum dan penalti James Milner memberikan Liverpool kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City, malam tadi sekali gus merampas carta teratas Liga Perdana Inggeris.


Skuad kendalian Jurgen Klopp menguasai sebahagian besar babak pertama perlawanan di Stadium Cardiff City itu tetapi gagal memecah kebuntuan sebelum bangkit meledak kedua-dua gol pada separuh masa kedua.

Peluang terbaik Liverpool untuk memecah kebuntuan pada babak pertahan hadir menerusi Roberto Firmino tetapi dia gagal menewaskan penjaga gol Cardiff, Neil Etheridge sekali pun dalam situasi satu lawan satu.

Cardiff yang bergelut dengan penyingkiran tampak bersemangat untuk merencatkan keraian Liverpool tetapi peluang yang mereka peroleh turut berjaya dihalang dengan ketangkasan penjaga gol Reds, Alisson.

Penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah) mengawal bola dari pertahanan Cardiff City, Lee Peltier (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto AFP

Selepas deretan serangan dijana pada awal babak kedua, pelawat memperoleh jaringan yang dinanti-nantikan pada minit ke-57  berpunca daripada sepakan sudut Trent Alexander-Arnold yang tepat ke arah Wijnaldum yang kemudian melepaskan rembatan padu menewaskan Etheridge.

Liverpool memperoleh sepakan sudut apabila pertahanannya Sean Morrison menanduk bola ke belakang.

Dan situasi bertambah buruk buat Morrison yang terjahannya ke atas Mohamed Salah menghadiahkan Liverpool penalti dengan Milner tidak melakukan kesilapan untuk menyempurnakannya.

Berbaki tiga perlawanan, kemenangan menyaksikan Liverpool mengembalikan kelebihan dua mata di atas pencabar terdekat, Manchester City yang menang 1-0 terhadap Tottenham, kelmarin.

Kekalahan pula menyaksikan Cardiff kekal di zon penyingkiran, ketinggalan tiga mata di belakang Brighton. - Agensi
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...