MASYARAKAT MELAYU DISARAN KUASAI BIDANG TEKNOLOGI


MIRI : Masyarakat Melayu disaran agar terus menguasai bidang teknologi dalam usaha melonjakkan kaum itu untuk sentiasa maju. menguasai bidang teknologi dalam Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg berkata, masyarakat melayu boleh bergerak dengan lebih maju sekiranya mempunyai semangat yang futuristik serta terus mengadaptasi ilmu terkini.
Menurutnya lagi, beliau yakin, masyarakat di Sarawak secara keseluruhannya akan dapat bersaing dengan masyarakat luar negara sekiranya ilmu terkini dikuasai sepenuhnya sekaligus berjaya mencapai agenda Sarawak negeri termaju di Malaysia menjelang 2030.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Persatuan Melayu Miri, malam Ahad.
Justeru tambahnya, agenda Ekonomi Digital yang diwujudkan oleh beliau sejak dilantik menjadi Ketua Menteri adalah salah satu usaha untuk memajukan semua kaum yang ada di Sarawak.
Mengulas lanjut, beliau mahu rakyat Sarawak terbiasa dengan teknologi kerana semua negara maju di dunia ini kebanyakkannya menggunakan kejuruteraan teknologi.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...