KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri akan mengadakan vaksin anti-rabies percuma di 13 kawasan di bandar raya ini mulai 24 hingga 30 April 2019
Menurut Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, kawasan itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road, Gereja Carmelite, Pusat Komuniti Kenyalang Park, Dewan Masyarakat MBKS, Tabuan Foochow, Dewan Serbaguna Kempas Height, Taman Rekreasi Tabuan Jaya dan Dewan Serbaguna Kampung Tabuan Lot.
Kawasan lain ialah Pondok Polis Hui Sing, Dewan Komuniti Hui Sing, Taman Daya, Taman Seng Goon dan Dewan Persatuan Masyarakat Stampin (Kampung Stutong Baru)
Pemberian vaksin anti-rabies secara percuma di SK Green Road dan Gereja Carmelite akan diadakan pada 24 April dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Bagi Pusat Komuniti Kenyalang Park dan Dewan Masyarakat MBKS, program itu akan diadakan pada 27 April dari pukul 9 pagi hingga 6 petang manakala keesokan harinya di Tabuan Foochow pada waktu sama.
Sementara di Dewan Serbaguna Kempas Height, Taman Rekreasi Tabuan Jaya dan Dewan Serbaguna Kampung Tabuan Lot, pemberian vaksin anti-rabies diadakan pada 29 April mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Manakala pemberian vaksian anti rabies secara percuma di Pondok Polis Hui Sing, Dewan Komuniti Hui Sing, Taman Daya, Taman Seng Goon dan Dewan Persatuan Masyarakat Stampin (Kampung Stutong Baru) akan dijalankan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang pada 30 April ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta membawa haiwan peliharaan mereka terutama anjing untuk mendapatkan vaksin anti-rabies.
Ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk anjing dilindungi dari rabies selepas vaksinasi.
Vaksin anti-rabies perlu dilakukan setiap tahun untuk mengekalkan perlindungan terhadap rabies.-UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment