Polis cedera selepas penjenayah bertindak agresif di Sibu





SIBU: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes curi, ragut dan pecah rumah berjaya ditangkap selepas cuba melarikan di Lorong Sentosa Barat petang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo berkata, suspek, 26,  telah melarikan diri semasa pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sibu dan Task Force Lanang diketuai oleh Inspektor Kumar memperkenalkan diri di tempat kejadian pada pukul 2.30 petang itu.

"Suspek telah melarikan diri ke arah belakang rumah dan bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan memaksa pihak polis menggunakan kekerasan minima untuk menangkapnya" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tindakan agresif suspek telah menyebabkan salah seorang anggota polis mengalami keretakan tulang telapak tangan akibat pergelutan itu.

Menurut Martin, suspek yang menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas digari dan kemudian dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, suspek pernah melarikan diri daripada ditangkap oleh pihak polis dari Balai Lanang sebelum ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerama menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas," tambah beliau.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...