Dua bayi lelaki antara yang dipindahkan ekoran banjir kilat di Bintulu



 



BINTULU: Seramai 21 penduduk termasuk dua bayi lelaki antara yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Jabai di sini sekitar pukul 9.20 pagi tadi.

Penduduk dari kawasan Batu 9 dan setinggan Sungai Sebatang itu dpindahkan ekoran kediaman mereka dinaiki air setinggi dua ke tiga kaki, akibat banjir kilat dalam kejadian awal pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit ketika dihubungi Utusan Borneo mengesahkan, seramai empat anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat berhubung banjir kilat itu pada pukul 4.06 pagi. 

Difahamkan kawasan terbabit antara yang dinaiki air selepas hujan lebat melanda Bintulu yang berlaku sejak tengah malam tadi. 

Anggota bomba  membantu memindahkan mangsa dengan menggunakan kenderaan khas ke pusat pemindahan banjir Dewan Kampung Jabai.

"Turut dinaiki air ialah jalan masuk ke penempatan di Batu 8 dan  Jalan Bintulu-Miri bagaimanapun sehingga kini paras air dilaporkan mulai surut dan tidak memerlukan operasi pemindahan," ujarnya.

Beliau berkata, kesemua mangsa terjejas buat masa sekarang sudah selamat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dengan bantuan Agensi Pertahanan Awam Bintulu. 

Pihak bomba katanya akan menjalankan pemantauan dari masa ke masa terutama kawasan berisiko banjir, bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan hujan masih lagi turun hingga kini.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...