VIDEOGRAFER MUDA TV SARAWAK MENINGGAL DUNIA PETANG TADI

KUCHING: Dunia kewartawanan Sarawak dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat, Muhammad Norfitri Ruslan yang lebih dikenali sebagai Epit.

Berusia 34 tahun dan berasal dari Jalan Astana di sini, Epit ialah videografer saluran televisyen tempatan, TV Sarawak.

Beliau yang berkhidmat selama lima tahun dengan TV Sarawak sejak tahun 2014, menghembus nafas terakhir pada pukul 2.45 petang tadi akibat lemah jantung.

Anak kedua daripada tiga adik beradik itu pada mulanya mengadu sesak nafas dan terus dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh keluarganya.

Bagaimanapun, setiba di HUS, doktor mengesahkan Epit telah meninggal dunia.

Terdahulu, Epit turut mengadu tidak sihat kepada pihak pengurusan pejabatnya dan dibenarkan mengambil cuti sakit selama dua hari.

Jenazah Epit dibawa ke rumah neneknya di Kampung Gita sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita kira-kira jam 8 pagi esok.-Suara Sarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...