Sri Aman: Dua cedera parah, manakala 5 lagi cedera ringan apabila sebuah van jenis Nissan Urvan hilang kawalan lalu terbalik di dalam parit di Jalan Sri Aman-Serian sekitar jam 2 pagi tadi.
Menurut info awal Susulan daripada kemalangan tersebut menyebabkan cermin depan van pecah dan van tersebut juga remuk.
Semua mangsa yang berada dalam van telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi. Setakat ini semua mangsa yang cedera telah pun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment