PETANAK WARRIOR JUARA LAYANG-LAYANG CANTIK KAUL MUKAH 2019

 MUKAH : Pertandingan Layang-Layang Putus Tali Kaul Mukah 2019, bagi Layang-Layang Cantik menyaksikan peserta dari Petanak Warrior Mukah, Ikhmal Mahdi menjadi Johan keseluruhan pertandingan membawa pulang wang tunai dan hamper.

Tempat kedua menjadi milik Awangku Azhar dari Utara 3 Miri  dan tempat ketiga diberikan kepada peserta dari Indonesia, Pak Tam.

Majlis Penyampaian Hadiah Layang-Layang Cantik Kaul Mukah 2019 tersebut telah disempurnakan oleh AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo di Dataran Pehin Setia Raja Mukah sebentar tadi.

Turut Hadir Yang Berusaha Tuan  Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili, Penyelaras Pertandingan  Pyan Borhan, Penasihat Pusat Kegiatan Belia Mukah Mohd Azrey Abdullah dan Penolong Setiausaha Pertubuhan Belia Parlimen Mukah Tarmizi Karnain.

Pertandingan anjuran Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dan Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2019 tersebut telah menarik 32 penyertaan pasukan dari luar dan dalam bahagian Mukah.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini telah melibatkan penyertaan 96 orang peserta secara keseluruhan dan 150 unit layang-layang telah dipertandingkan.-SuaraSarawak









No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...