Abang Jo Hadir Majlis Makan Tahun 2019 Kampung Pintasan, Bekenu


Majlis Makan Tahun Perdana 2019 yang diadakan di Kampung Pintasan Tiris, Bekenu yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Pada majlis ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta. Antara projek dan peruntukan tambahan yang telah diluluskan adalah:

- Dewan Umum Kampung Tiris
- Jambatan Kampung Bulau
- Market Batu Niah
- Jalan raya seluruh Kampung Tiris
- Jalan Bekenu,Lubuk Buinih,Tiris, Bulau ke jalan Pan Borneo
- Peruntukan Tadika Niah
- Peruntukan Tambahan Bangunan SJK(C) Lumut

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Semoga peruntukan projek dan kemudahan yang diluluskan ini dapat memberi manfaat dan kesejahteraan kepada semua rakyat di kawasan ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua.Penganjur,petugas-petugas,penduduk kampung dan semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Program Makan Tahun Perdana 2019 kali ini.
.
Info : Adun Bekenu







No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...