Ejen loteri haram ditahan



BARANG yang dirampas polis daripada seorang ejen loteri haram yang beroperasi di pusat penjaja Bau. FOTO NST

LELAKI dipercayai ejen loteri haram ditahan ketika sedang leka menjalankan kegiatan menjual tiket loteri tanpa kebenaran di Pusat Penjaja Bau, di Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 31 tahun itu, yang berasal dari Kampung Melayu Siniawan, di sini ditahan 3.45 petang, bertindak atas maklumat awam.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit, wang tunai dan kertas yang tertera pelbagai angka dipercayai nombor loteri.

“Polis memandang serius kegiatan menjual tiket loteri tanpa lesen, malah tiada kompromi dengan mana-mana pihak, termasuk individu yang terbabit dalam kegiatan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di Bau, hari ini.

Beliau menambah, suspek turut dibawa ke Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bau komited dalam usaha memerangi kegiatan perjudian haram di negeri ini, termasuk penjualan tiket loteri tanpa kebenaran yang kini didapati mula menular ke kawasan pedalaman dan luar bandar,” katanya.-HarianMetro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...