3 WARGA INDONESIA DITAHAN MILIKI DADAH BENILAI LEBIH RM79 RIBU



Bintulu: Dadah bernilai lebih RM79 ribu  berjaya dirampas sepasukan pegawai dan angota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Sarawak dalam satu operasi disini  malam tadi.

Turut ditahan dalam operasi berkenaan, 3 lelaki warga Indonesia berumur antara 21 hingga 34 tahun

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supritenden Sahar Abdul Latif,berkata bertindak atas maklumat risikkan yang dijalankan sejak seminggu lalu,  sebuan dilakukan oleh angotanya di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Abang Galau sebelum menahan 3 lelaki terbabit.

Hasil pemeriksaan keatas mereka menemui dadah dipercayai jenis syabu seberat 531.95 gram di rumah berkenaan.

Ujar, Supritenden Sahar, pihak polis percaya aktiviti pengedaran dadah oleh ketiga suspek berkenaan bermula sejak penghujung tahun lalu.

Ujian saringan awal air kencing keatas ketiga-tiga suspek turut mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...