Pembangunan di Sebuyau Terus Diperhebat








SEBUYAU, 19 April 2019 : YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg semalam telah melakukan Tinjauan ke Tapak Projek Pembinaan Chalet Sebuyau serta Pembinaan Masjid Baru Sebuyau dan terus  merasmikan Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Peringkat Zon 5 yang merangkumi Dewan Undangan Negeri N.24 Sadong Jaya, N.25 Simunjan, N.26 Gedong, N.27 Sebuyau, N.28 Lingga dan N.29 Beting Maro bertempat di Dewan Serbaguna Sebuyau.

Seramai lebih 4,000 orang ahli GPS dari Zon 5 dengan penuh semangat melaungkan "Hidup GPS" sejurus ketibaan YAB Datuk Patinggi Abang Jo dari luar hingga ke dalam dewan.

Semasa berucap dalam majlis perasmian tersebut, Ketua Menteri menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak (GPS) telah menubuhkan sebuah agensi yang dinamakan Integrated Samarahan Development Agency (ISDA) untuk merancang dan menyelaraskan pembangunan bagi kawasan Samarahan dan Simunjan termasuk melaksanakan projek pembinaan benteng hakisan pantai yang bernilai RM500 juta dari Sebuyau hingga ke Sadong Jaya dan Asajaya.

Beliau juga menyatakan RM5 billion juga telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak untuk membina lebuhraya pesisir pantai dan RM2 billion untuk pembekalan air bersih seluruh Sarawak dalam tempoh dua tahun.

Mengenai usul untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, beliau menyatakan selaku Ketua Jawatankuasa Pemandu MA63 yang mewakili Sarawak, beliau telah mencadangkan supaya dimasukkan frasa "Pursuant to MA63" dalam cadangan pindaan tersebut untuk menyatakan secara jelas bahawa Persekutuan Malaysia adalah tertakluk kepada MA63.

Beliau turut menegaskan dalam Jadual 9 (2c) Perlembagaan juga menyatakan bahawa Sarawak mempunyai hak dan kuasa ke atas tanah dan sumber yang ada di bumi Sarawak. Dari kuasa dan hak tersebut, maka, melalui kerajaan GPS dan diluluskan dalam Undangan Negeri pada tahun 2018, Sarawak telah mengenakan cukai jualan sebanyak 5% ke atas eksport minyak dan gas.

Hasil cukai tersebut bernilai lebih RM3 billion setahun, dan hasil tambahan inilah yang digunakan untuk membina jambatan-jambatan, jalan pesisir dan bekalan air bersih ke seluruh Sarawak, ujar beliau lagi .

YAB Ketua Menteri turut menzahirkan rasa terima kasih di atas keberanian dan ketegesan semua ahli Parlimen GPS yang bertegas dengan keputusan mereka untuk mempertahankan hak-hak Sarawak dalam MA63.





No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...