Kawasan Luar Bandar Terus Diperkasa Dengan Kemudahan Moden- Abang Jo

MALUDAM: YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Sarawak akan terus memberi perhatian serius kepada pembangunan di semua kawasan luar bandar di negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak mempunyai banyak perancangan untuk membawa lebih banyak pembangunan dengan kemudahan yang moden khususnya ke kawasan luar bandar.
Ketua Menteri menegaskan, usaha tersebut adalah untuk memberi pembangunan sama rata tanpa mengira sama ada ia melibatkan kawasan bandar mahupun luar bandar.
"Hari ini, saya datang ke Maludam untuk merasmikan Projek Rakyat Skim Pembesaran Kampung Maludam Fasa I dan adalah menjadi impian saya untuk membangunkan Maludam baharu dengan cara pembangunan yang baharu juga.
"Kaedah skim pembesaran kampung ini adalah mengikut cara baharu ini di mana kerajaan Sarawak menangung sepenuhnya kos menimbus tanah, membina jalan raya yang teratur dan sistem saliran konkrit termasuk bekalan elektrik untuk mengurangkan beban penduduk," katanya.
Beliau berkata semasa berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Skim Pembesaran Kampung Maludam Fasa I dan Masjid Baharu Maludam di sini hari ini.
Ketua Menteri menambah, pemilik tanah juga hanya perlu membayar bayaran premium tanah sebanyak RM2,500 berbanding RM5,000 kadar yang ditetapkan sebelum ini.
Dalam pada itu, beliau mahu Residen Bahagian Betong mengemukakan kertas cadangan untuk pembinaan Pejabat Daerah Kecil Maludam yang baharu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah, Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak, YB Datuk Julaihi Narawi, Ahli Parlimen P201 Batang Lupar, YB Dato Sri Rohani Abdul Karim, ADUN N28 Lingga, YB Simoi Peri, ADUN N29 Beting Maro, YB Razali Gapor, ADUN N29 Beting Maro dan ADUN N35 Saribas, YB Mohammad Razi Sitam. 



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...