Benteng laut di Samarahan atas limpahan air masin




KETUA Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg. - NSTP

SEBUYAU: Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dijangka menyelesaikan masalah limpahan air masin di Sebangan hingga Sebuyau, Kota Samarahan, menerusi pembinaan benteng laut.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg, berkata sejumlah RM500 juta sudah diserahkan kepada IRSDA minggu lalu bagi melaksanakan projek terbabit.

“Arahan memperuntukkan sejumlah dana berkenaan sudah dikeluarkan demi memastikan masalah limpahan air masin tidak lagi berulang dengan adanya benteng laut itu.

“Pembinaan benteng laut itu adalah antara komponen utama pembangunan fizikal yang dirancang di bawah IRSDA,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Gabungan Parti Sarawak (GPS) Peringkat Zon 5, di Dewan Pembangunan Sebuyau, di sini hari ini.

Kawasan Zon 5 membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya; DUN Simunjan; DUN Gedong; DUN Sebuyau; DUN Lingga dan DUN Beting Maro.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS, ketika mengulas lanjut, berkata sejumlah RM1.5 bilion turut diperuntukkan kepada IRSDA bagi menaik taraf jalan raya bagi tempoh dua tahun.

“Seluruh kawasan Zon 5 juga tidak akan dibiarkan tercicir untuk dibekalkan dengan bekalan elektrik dan air,” katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhannya sebanyak RM2.8 bilion diperuntukkan kerajaan negeri bertujuan menyediakan kemudahan asas terutama di kawasan luar bandar.

“Kita akan terus membangunkan Sarawak untuk menjadi negeri termaju di Malaysia menjelang 2030,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...