Saya merujuk beberapa laporan media berkenaan kenyataan saya tentang penghapusan had paras harga petrol RON 95 yang pada masa sekarang ditetapkan pada paras RM 2.08 seliter.
Seperti kenyataan asal saya sebelum ini, Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON 95. Harga seliter bagi petrol RON 95 buat masa sekarang kekal pada RM 2.08 sebagai usaha kerajaan melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu.
Saya juga ingin menjelaskan kepada rakyat bahawa penstabilan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah salah satu komitmen manifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lepas dan bukannya RM 1.50 seliter bagi petrol RON 95 seperti yang berlegar-legar di ruang media sosial.
Penstabilan harga runcit minyak telah pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi petrol ini.
Kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai.
*DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL*
*MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA*
*23 APRIL 2019*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...

-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...
No comments:
Post a Comment