Biawak pun nak sekolah

MIRI: Kehadiran seekor biawak yang menceroboh masuk ke sebuah bilik darjah tahun satu mengejutkan murid-murid di sebuah sekolah rendah di sini pada petang Selasa.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.16 petang. 
"Setibanya tiga anggota APM yang diketuai Lans Koperal (PA) Sukri Tusin ke sekolah tersebut mendapati biawak itu masih berada di dalam kelas. 
"Biawak dengan panjang dianggarkan tiga kaki dan seberat 10 kilogram itu berjaya ditangkap dan kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...