Pemandu van maut, van terbabas ke dalam gaung di Jalan Bau-Lundu 




Bau:Seorang lelaki maut apabila van jenis vanette yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sekitar jam 8.30 pagi tadi di Jalan Bau-Lundu berhampiran Kampung Stenggang.


Susulan daripada kemalangan, pihak bomba telah dihubungi bagi mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam van.


Mangsa ketika dikeluarkan tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospitak Bau untuk menerima rawatan.


Hasil pemeriksaan didapati mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis dari balai polis Bau untuk tindakan selanjutnya.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...