KUCHING, 2 April (Bernama) -- Persetujuan kerajaan untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan memastikan tahap pembangunan di Sarawak dan Sabah setara dengan Semenanjung Malaysia.
Peguam Paul Raja berkata ini menunjukkan Pakatan Harapan (PH) mengotakan apa yang dikatakannya kerana meminda Perkara 1(2) akan menyediakan kerangka perlembagaan untuk memudah cara undang-undang lain dan kaedah perundangan untuk menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai rakan setaraf.
“Di bawah rejim sebelumnya, ia hanyalah cakap sahaja. Sekurang-kurangnya rejim baharu, PH berani untuk bertindak dan mengotakan apa yang mereka cakap...apa yang Sarawak dan Sabah mahu adalah - tahap pembangunan yang setara dengan Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment