Pemandu maut, kereta terbabas langgar pokok





BINTULU: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di Jalan Tanjung Kidurong, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Duncan Kuching, 49, dari Rumah Rantai Nanga Lirai di Balingian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku semasa kenderaan dipandu mangsa yang bergerak dari Tanjung Kidurong menuju ke bandar Bintulu telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh sebatang pokok," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam kejadian itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Bintulu bagi bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...