BEKENU, 14 April 2019 : Program Townhall Bersama Belia #BerambehNganAbangJo sempena Karnival Today For Tomorrow (T4T) Zon Miri telah berlangsung semalam bertempat di Dewan Masyarakat Bekenu.
Semasa majlis, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah berucap kepada seramai lebih kurang 500 orang peserta mengenai Perjanjian MA63 yang mana perjanjian tersebut perlu diperhalusi mengikut syarat Asas Pertubuhan Malaysia dan menilai terlebih dahulu apa yang telah dijanjikan dalam MA63.
Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri Sarawak akan tegas menolak permintaan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, untuk Sarawak membayar terlebih dahulu peruntukan RM1 bilion kepada kementerian bagi membaik pulih sekolah daif.
"Dia (Lim Guang Eng) mahu kita membayar terlebih dahulu, dan peruntukan untuk membaik pulih sekolah daif akan berdasarkan kepada peruntukan tahunan, yang mana kita tidak bersetuju kerana kita mahu membayar mengikut apa yang telah diberikan" katanya semasa sesi Townhall bersama belia di sini, semalam.
Menurut beliau lagi, perkara tersebut bukan apa yang difikirkannya ketika beliau mencadangkan agar Sarawak memberikan sejumlah RM1 bilion untuk membayar balik pinjaman yang diberikan oleh Persekutuan kepada Sarawak, seperti yang telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam mesyuarat mereka sebelum ini.
Menteri Pendidikan akan kembali ke Sarawak untuk bertemu Ketua Menteri pada akhir bulan ini.
Abang Johari berkata, Sarawak tidak akan berkompromi mengenai isu pembangunan pendidikan, dan rekod pembayaran balik pinjaman persekutuan adalah tidak lengkap.
"Pembayaran pinjaman kita (Sarawak) sentiasa tepat pada masanya dan kita tidak mempunyai sebarang tunggakan (ansuran) yang belum dibayar selama ini," katanya.
Jelasnya, jumlah untuk mempercepatkan membaik pulih sekolah daif di Sarawak dan pinjaman persekutuan adalah dua isu berbeza, yang mana pendidikan adalah merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan.
Beliau turut menyentuh mengenai hala tuju GPS dan ekonomi Sarawak dan seterusnya menjawab soalan-soalan daripada para peserta.
Majlis Townhall tersebut telah dikendalikan oleh YB Ripin bin Lamat, ADUN N.72 Lambir.
Hadir bersama adalah YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri; YB Rosey binti Haji Yunus, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak merangkap ADUN N.71 Bekenu; YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap ADUN N.75 Senadin; dan YB Dato Gerawat Gala, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN N.78 Mulu.-SarawakAritok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...



No comments:
Post a Comment