Pandelela-Nur Dhabitah gagal kutip pingat di Siri Terjun Dunia



KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri mempamerkan aksi mengecewakan pada pusingan ketiga Siri Terjun Dunia FINA di Montreal, Kanada pada awal pagi Sabtu, waktu tempatan.

Dalam acara 10m platform seirama wanita yang berlangsung di Centre Sportif du Parc Olympique, pasangan negara itu menamatkan cabaran di kedudukan kedua tercorot apabila menduduki tempat keenam selepas mencatat keseluruhan 285.00 mata dalam lima terjunan.

Menurut laman sesawang rasmi; www.fina.org, mereka merekodkan 47.40 mata pada terjunan pertama untuk berada di tangga kelima dan memperbaiki kedudukan pada terjunan kedua sekali gus menduduki tempat keempat.

Namun nasib tidak menyebelahi gandingan negara itu pada terjunan ketiga hingga kelima, apabila kedudukan mereka turun dan kekal di tangga keenam.

Pingat emas acara itu menjadi milik Jo Jin Mi-Kim Mi Rae dari Korea Utara yang mencatat 329.70 mata, diikuti penerjun tuan rumah, Caeli McKay-Meaghan Benfeito (328.47) yang meraih perak, manakala gangsa dimenangi Lu Wei-Zhang Jiaqi dari China selepas mengumpul 320.64 mata.

Sementara itu, Leong Mun Yee akan bergandingan dengan penerjun muda, Hanis Nazirul Jaya Surya dalam acara 10m platform seirama campuran pada 6.10 petang, Sabtu waktu tempatan (6.10 pagi, 28 April – waktu Malaysia).-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...