GPS tidak amal sistem pemerintahan perkauman – TKM





KUCHING: “Gabungan Parti Sarawak (Gps) tidak mengamalkan sistem pemerintahan perkauman” ujar Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Semua bangsa mempunyai peluang yang sama tidak kurang dan tidak lebih dari bangsa-bangsa yang lain, dalam apa-apa jua bidang.

“Tidak ada satu agama atau bangsa pun di Sarawak mempunyai bilangan majoriti untuk memerintah secara bersendirian, melainkan kita saling bekerjasama nescaya kita akan menjadi kuat seperti mana yang selalu di tegaskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk abang Johari Abang Openg.

Beliau berkata semasa Majlis Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang dan Sumbangan Kepada Masjid dan Surau Bahagian Serian di Dewan Serbaguna Ranchan, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Usahawan Sarawak, berkata, walaupun agama rasmi Persekutuan Malaysia adalah Islam, namun agama-agama lain bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka.

“Sarawak khususnya, terdapat Unit for Other Religion (UniFOR) di mana satu-satunya negeri di Malaysia yang menubuhkannya.

“Matlamatnya dan apa yang tersirat disebalik penubuhan UniFOR tersebut adalah untuk mempertahankan kehidupan yang harmoni antara berbilang agama dan masyarakat di Sarawak khususnya,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut menegaskan, agar menolak fahaman extrimis agama atau bangsa agar keamanan dan keharmonian dapat diperkekalkan demi kepentingan pembangunan negara dan masyarakat.

“Jika sesebuah negara itu huru-hara dan tidak stabil, maka akan berlakunya kemiskinan, kemunduran dan macam-macam lagi.

“Kita ambik contoh seperti negara-negara Timur Tengah, walaupun kaya dengan hasil minyak namun tetap mundur disebabkan tidak adanya kesefahaman antara satu dengan yang lain sehingga menimbulkan perperangan,”

Seramai 33 orang pelajar cemerlang dalam ujian UPSR, SPM dan STPM termasuk seorang Hafizah yang berjaya menghafaz Al-Quran menerima insentif berjumlah RM 300 setiap sorang.

Selain itu, sebanyak 25 buah Masjid dan 21 buah Surau meliputi di semua bahagian Serian turut menerima sumbangan RM1,000 setiap satu.

Program tersebut merupakan hasil anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS).-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...