Operasi rabies III di Kuching bermula 24 April ini



KUCHING: Pemilik anjing diingatkan agar memastikan binatang peliharaan berada dalam kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan binatang tersebut berkeliaran tanpa pengawasan kerana anjing yang bebas berkeliaran di luar kawasan rumah lebih berisiko dijangkiti penyakit rabies.

Mengikut Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, bagi kesalahan tersebut, pemilik anjing boleh didakwa dan dihukum di mahkamah dibawah Seksyen 37 subseksyen 5 (a) iaitu denda RM5,000 atau dipenjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Semasa tempoh operasi menangkap anjing-anjing liar di kawasan operasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak turut mengadakan program pemberian suntikan vaksin anti-rabies secara percuma khusus kepada anjing yang mempunyai pemilik di 15 lokasi di sekitar Kuching.

Sarawak telah mengisytiharkan wabak rabies sebagai bencana tahap II pada Julai 2017 selepas 16 kematian direkodkan dan sehingga kini 24,600 kes gigitan haiwan dilaporkan.

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi Bilik Gerakan Negeri di talian 082-443 991 atau 447 960 atau Whatsapp ke 016-205 1111

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...