Dicekup ketika cari pelanggan





Pegawai polis menunjukkan motosikal curi yang ditemui semula. Suspek (kanan) turut ditahan untuk siasatan.

BINTULU: Dua lelaki yang sedang berlegar-legar mencari pembeli motosikal yang dicuri mereka berjaya diberkas oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada jam 11.45 malam Rabu 17 April di tepi Jalan Abang Galau di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata penangkapan kedua-dua suspek lelaki tempatan berumur 28 dan 30 tahun oleh anggota JSJ itu diketuai Inspektor Diana Sanjan.

Sebelum itu katanya, anggota polis menerima maklumat berkenaan dua suspek itu dipercayai sebagai kumpulan curi motosikal yang sedang berlegar-legar di kawasan itu. 

"Semasa ditangkap dan soal siasat ke atas suspek telah membawa kepada penemuan dua motosikal yang disembunyikan di dua lokasi berasingan di Bintulu," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, pemeriksaan lanjut mendapati motosikal tersebut telah dilaporkan hilang di tempat berasingan di Miri pada 27 Februari dan 15 April tahun ini.

"Hasil maklumat risikan polis mendapati suspek membawa motosikal curi itu ke Bintulu dipercayai untuk mencari pembeli di bahagian ini," tambahnya.

Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu. 

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Bintulu untuk perintah reman sebelum diserahkan kepada polis Miri untuk tindakan lanjut," jelasnya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...