ROSLI DHOBY DILABELKAN PENJENAYAH DAN “RUKUN 13” KUMPULAN PENGGANAS”?

MENERIMA banyak pm inbox tentang satu artikel yang dimuatnaik oleh sebuah laman portal seperti pautan ini:

https://iluminasi.com/bm/5-kes-jenayah-popular-di-malaysia-yang-berakhir-dengan-hukuman-mati.html

Setelah membaca isi kandungan artikel yang bertajuk 5 Kes Jenayah Tergempar Di Malaysia Yang Berakhir Dengan Hukuman Mati tersebut dapatlah saya rumuskan berdasarkan kepada pemahaman saya sebagai seorang penulis bebas, saya dapati bahawa penulis artike ini hanyalah melakukan “google translate” daripada artikel yang mungkin ditulis oleh media barat. 

Kesalahan tatabahasa serta penggunaan ayat yang cacamerba membuktikan bahawa penulis itu sendiri tidak mengetahui apa yang sedangkan dia tuliskan.  Fakta-fakta yang disebut bagi menyokong artikel turut ke laut misalnya penggunaan British, Malaysia sebagai penjajah sedangkan cerita Rosli Dhoby hanya berlaku pada tahun 1950.  Proses mahkamah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati itu   BUKANLAH KERAJAAN MALAYSIA yang bertanggungjawab sebaliknya KERAJAAN KOLONI MAHKOTA SARAWAK BRITISH yang memerintah Sarawak dari tahun 1946 hingga 1963. 

Namun begitu keberadaan artikel seperti ini SEHARUSNYA KITA SELAR kerana ianya menghina perjuangan ikon kebangsaan Sarawak selama ini.  Sekaligus artikel seperti ini menunjukkan kedangkalan sesetengah rakyat Malaysia bukan warga Sarawak mengenai sejarah Sarawak itu sendiri.  Jika Rosli Dhoby itu seorang penjenayah dan Rukun 13 itu kumpulan pengganas seperti yang didakwa maka apalah guna Kerajaan Negeri Sarawak memberi penghormatan yang tinggi untuk mereka disemadikan semula di Makam Pahlawan di Sibu, Sarawak selepas dikebumikan tanpa batu nisan di Penjara Kuching sejak mereka digantung sampai mati. 

Penghinaan seperti ini tidak dapat kami terima di dalam satu artikel yang langsung tidak bertanggungjawab sama sekali.  Di dalam penulisan kita seharusnya mempunyai kefahaman sendiri kerana jika kita merujuk kepada penulisan barat BELUM ADA lagi mana-mana penulis barat yang menulis dengan seikhlas-ikhlasnya.  Sikap orang barat suatu waktu dahulu yang melabelkan barangsiapa yang engkar dan berani melawan mereka akan digelar PEMBUNUH, PENJENAYAH DAN LANUN. 

Buktinya bagaimana operasi ketenteraan Brooke di Sarawak yang didokongi oleh Armada Tentera Laut Great Britain adalah atas nama MEMERANGI LANUN yakni memerangi penduduk pribumi seperti kaum iban dan sebagainya yang bangun menentang pentadbiran Brooke di Sarawak kerana mereka enggan membayar “pupu” atau cukai dan kehilangan wilayah yang diterajui oleh mereka selama ini. 

Penulis artikel daripada Illuminasi.com HARUS MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA RAKYAT SARAWAK DAN MENARIK BALIK ARTIKEL TERSEBUT DARIPADA PORTAL MEREKA.  TITIK!

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata.

-HB-
Penulis dan Ketua Editor Borneo Oracle

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...