Nak pinjam RM10,000 rugi RM8,000

KUCHING: Hasrat seorang penganggur mulanya hendak meminjam RM10,000 namun terpaksa menanggung kerugian RM8,000 apabila menjadi mangsa kes penipuan pinjaman tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani berkata lelaki berusia 35 tahun itu pada 12 April lalu tertarik dengan iklan tawaran pinjaman wang di Facebook.
“Rentetan itu, mangsa kemudian menghubungi nombor yang tertera pada iklan tersebut untuk menyatakan hasratnya membuat pinjaman sebanyak RM10,000.
“Mangsa kemudian diminta untuk menghantar gambar kad pengenalannya melalui Whatsapp dan membuat bayaran yang kononnya untuk deposit pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mustafa, suspek turut meminta mangsa membuat bayaran untuk bayaran cukai perkhidmatan (SST) dan duti setem.
“Mangsa kemudian membuat pembayaran keseluruhan berjumlah RM8,020 melalui lima transaksi pada 13 April sehingga 17 April.
“Mangsa hanya mengesyaki dirinya ditipu apabila masih belum menerima wang pinjaman yang dijanjikan,” katanya.
Mangsa kemudian terus membuat laporan polis berhubung kejadian untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, terdapat dua lagi laporan diterima membabitkan kes pinjaman wang tidak wujud di Miri dengan Kapit melibatkan kerugian kira-kira RM3,000.
Kes di Miri dilaporkan oleh seorang jurujual berusia 37 tahun dan di Kapit pula menimpa seorang suri rumah berusia 29 tahun.
Kedua-dua mangsa terbabit turut terpedaya dengan tawaran pinjaman wang tidak wujud di Facebook.
“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pinjaman wang melalui media sosial dan seelok-eloknya jika hendak membuat pinjaman, sila dapatkan daripada institusi kewangan yang sah atau syarikat pemberi pinjaman wang berlesen,” ujar Mustafa.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...