Inisiatif Food Bank bantu keluarga yang kurang berkemampuan




KUCHING: Seramai 26 orang penerima dari 13 buah kampung seberang hilir hari ini telah menerima bantuan Inisiatif Food Bank, yang bertempat di Dewan Seminar Masjid Darul Hana Kuching.

Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan salah satu langkah ataupun persiapan awal untuk merapatkan lagi silaturahim di antara masyarakat setempat dan para penghuni Darul Hana apabila ianya telah siap dibangunkan sepenuhnya nanti.

Menurut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik), yang merangkap Penasihat Karnival Darul Hana, Dato Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, sumbangan seperti ini akan diteruskan menjadi acara bulanan bagi membantu penduduk kampung yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa terutamanya kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Disamping itu katanya, Masjid Darul Hana juga akan dijadikan sebagai Pusat untuk pengagihan sumbangan ini kerana masjid ini merupakan struktur yang pertama yang dibangunkan di kawasan Darul Hana untuk aktiviti kemasyarakatan serta pembangunan Darul Hana itu sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Pemberita selepas Perasmian Inisiatif Food Bank di Dewan Seminar Masjid Darul Hana hari ini.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...