DADAH: Lelaki tempatan ditangkap

MIRI: Seorang lelaki tempatan ditangkap di sebuah rumah di Jalan Sze Chuan 2 Off Jalan Airport di sini kira-kira pukul 6 pagi, Khamis kerana disyaki terlibat dengan dadah. 
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata serbuan ke atas suspek berusia 25 tahun itu berjaya menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
Selain itu polis turut menjumpai empat paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu. 
"MDMA yang dirampas dianggarkan seberat kira-kira 47.56 gram atau bernilai RM380 dan syabu pula dengan berat kasar 52.17 gram. 
"Ujian awal polis turut mendapati suspek positif dadah," katanya.
Beliau memberitahu suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkenaan dadah. 
Suspek disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...