Belia diseru kuasai perkembangan teknologi untuk jadi pekerja mahir di Sarawak



LAWAS: Belia-belia di Sarawak harus mengambil manfaat kepada perkembangan teknologi dalam melahirkan pekerja mahir di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak kini telah menjadi destinasi pelaburan tinggi di rantau ini dengan kemasukan pelabur-pelabur luar yang berminat melabur di negeri ini.

“Sarawak kini menjadi destinasi tumpuan utama di rantau ini dalam kemasukan pelabur-pelabur asing.

“Belia harus mengambil peluang ini dengan menyahut cabaran untuk terlibat dalam kepakaran teknologi terkini sebagai pekerja mahir.

“Dalam hal ini, CENTEXS telah menyediakan kursus-kursus yang mempunyai masa depan cerah selaras dengan perkembangan industri teknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perasmian Program CENTEXS-SMA-SAFARI (Lawas) di Hotel Seri Malaysia di sini, semalam.

Justeru, belia di Sarawak harus mempunyai kepakaran dalam teknologi dan digital serta pengalaman dalam industri ini agar Sarawak terus maju dan berdaya saing.

Mengenai penganjuran program ini, Datuk Amar Haji Awang Tengah mahu masyarakat tempatan mengaplikasi dan menerapkan teknologi digital yang dipamerkan ini di dalam bidang pembuatan produk setempat.

“Pereka fesyen mahupun pembuatan produk kraftangan tempatan perlu kreatif dengan menggabungkan penggunaan bahan batik seperti Parish Fesyen Show dalam industri dunia moden.

“Sebagai contoh, kaum Lun Bawang dengan topi dan baju talunnya besar kemungkinannya dengan penggunaan teknologi digital terkini akan lebih menjurus kepada penambahbaikkan pembuatan yang bermutu tinggi, begitu juga dalam membentuk besi menjadi parang,” tambahnya.

Beliau turut menyentuh kawasan Limbang dan Lawas yang terkenal dengan penternakan kerbau juga perlu memanfaatkan teknologi digital dalam menjadikan bidang penternakan ini menjadi lebih menarik.

“Dengan teknologi Smart Aquaculture, ia mampu meningkatkan produktiviti dalam penternakan kerbau di Lawas dan Limbang secara petegasi farming yang tidak memerlukan tanah luas.

“Pihak kita akan mengadakan kolaborasi dengan negara Brunei di mana pembuatan jenama halalnya amat diiktiraf secara umum dengan pasaran perdagangannya yang luas,” jelasnya lagi.

Kerajaan Sarawak akan berusaha mencari pasaran baru bagi memastikan produk keluaran tempatan akan dapat dipasarkan dengan lebih meluas ke pasaran antarabangsa.

“Dalam memastikan kepelbagaian produk ini, kita memerlukan tempat perkumpulan (collection centre).

“Sekiranya produk pergeluaran kita berlebihan, kita harus mencari pasaran baru terutama ke negara China secara terus atau berniaga secara dalam talian.

“Oleh itu, kita harus mempertingkatkan kualiti talian termasuk industri pelancongan,” ujarnya.

CENTEXS Lawas dijangka akan dibina pada masa yang sesuai dan mahu pelajar-pelajar yang gagal meneruskan pengajian memohon tempat di sini dalam meneruskan pengajian dan semuanya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas YB Dato Henry Sum Agong, Ketua Eksekutif CENTEXS Syed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denney Haji Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Ketua-ketua Masyarakat.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...