Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak lawat beberapa projek di Jemoreng



MUKAH: Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Datuk Julaihi Narawi hari ini melawat beberapa projek di kawasan Jemoreng.

Antaranya projek jalan Kampung Igan ke Rumah Panjang Sungai Ilas dan Kampung Sah Kebuaw, Batang Igan Fasa Satu sepanjang 8.5 kilometer (km).
Beliau seterusnya melawat projek jalan Kampung Seberang Igan ke Tapak Kaul Igan.

Penyerahan projek Tapak Kaul Igan kepada kontraktor bertanggungjawab.
Jalan sepanjang 1.33km berkenaan akan dinaik taraf sementara 0.9 KM lagi akan dibuat jalan baharu.

Lawatan diteruskan ke Jalan Kebuaw-Igan sepanjang 5km dan juga jalan Kebuaw-Teluk Deloh.

Beliau mengakhiri program dengan melawat  tapak projek pembinaan Jalan Jemoreng-Sungai Pasin sepanjang 17.6km.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, Pegawai Daerah Matu Wan Mohd, ketua-ketua jabatan serta ketua masyarakat tempatan.

Penyerahan surat tender beberapa projek di kawasan Jenoreng kepada kontraktor bertanggungjawab.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...