Cegah Dadah Di Peringkat Awal-Abdullah Saidol







BINTANGOR: Program pencegahan serta kesedaran berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah perlu diperkasakan dari peringkat awal lagi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop, YB Abdullah Saidol berkata, bagi memerangi ancaman dadah, apa yang paling mustahak ialah memperkukuhkan institusi kekeluargaan sebagai teras masyarakat yang sihat.

Jelas beliau, nilai-nilai murni juga perlu terus dipelihara untuk bertindak sebagai 'perisai' terhadap pelbagai gejala sosial yang melanda masyarakat kini.

"Dalam usaha membendung jenayah dadah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti punca permasalahan berkenaan.

"Tidak dinafikan ada isu yang timbul berpunca dari rumah dan didikan ibu bapa, rokok juga boleh dilihat sebagai permulaan kepada pemasalahan tersebut," katanya semasa Majlis Penutupan Rasmi Program Pencegahan Dadah di Dewan Perdana SK Abang Amin Bintangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdullah Saidol mencadangkan, pihak berkaitan perlu mengadakan program 'engagement' melibatkan kumpulan terbabit termasuklah mengadakan aktiviti rekreasi di kampung-kampung termasuk program bersifat kekeluargaan dalam usaha bina masyarakat yang sihat, kuat, stabil, bersatu padu dan beretika.

Katanya, perpaduan dan kesefahaman juga merupakan budaya yang amat penting di Sarawak tanpa mengira pegangan politik.

"Ingat, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan generasi muda daripada ancaman dadah dan masalah jenayah," ujarnya lagi.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...