5 gereja terima sumbangan geran di Niah

BEKENU: Ketua-ketua gereja melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan geran kerajaan kepada di 5 buah Gereja Sidang Injil Borneo (BEM) di kawasan Niah, semalam.

Ahli Parlimen Sibuti YB Lukanisman bin Awang Sauni telah hadir dan menyampaikan sumbangan geran tersebut sebanyak RM15 ribu kepada 5 buah Gereja BEM.

“Ini merupakan sumbangan saya kepada 5 buah Gereja BEM seperti yang telah janjikan sebelum ini sewaktu lawatan Hari Krismas tahun lepas,” katanya selepas menyampaikan geran kepada 5 Buah Gereja BEM di Kawasan Niah dekat Pantai Peliau, Bekenu, semalam.

Sementara itu, bagi salah seorang ketua Gereja BEM yang ditemui melahirkan rasa syukur di atas sumbangan ini dan menunaikan janjinya sebelum ini.

“Terima kasih kepada YB di atas sumbangan ini yang sememangnya sangat diperlukan pihak gereja.

“YB juga seorang pemimpin yang sangat prihatin dengan keperluan gereja-gereja di kawasan Niah ini dan tidak pernah menolak untuk hadir ke program santai seperti ini,” katanya.

Sebanyak 5 buah gereja BEM Sidang Injil Borneo di kawasan Niah telah mengadakan Hari Keluarga di Pantai Peliau dengan dihadiri  lebih kurang 200 ahli gereja tersebut.

Pelbagai acara sukan dipertandingkan yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...