Masyarakat Umum Jadi 'Mata dan Telinga' Bantu Pihak Berkuasa Perangi Dadah


KUCHING: Masyarakat umum harus menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dalam memerangi jenayah penyalahgunaan dadah di Sarawak.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, semua pihak perlu bekerjsama menangani isu berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah kerana ia semakin membimbangkan.
Jelasnya, orang ramai juga perlu berani menegur individu disyaki terlibat dalam jenayah penyalahgunaan dadah bagi memastikan mereka tidak terjebak lebih teruk.
"Jangan takut jadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa, sila buat laporan melibatkan kes atau isu dadah di kawasan tempat tinggal masing-masing.
"Sekarang kita mendapati ibu bapa dan komuniti di rumah panjang juga telah berani menyalurkan maklumat berhubung isu penyalahgunaan dadah tidak seperti dahulu lagi," katanya pada sidang media sempena Pemantapan Pelan Tindakan Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak di sini.
Dato Sri Fatimah Abdullah menambah, perkara itu penting bagi membantu pihak berkuasa dalam mencegah isu ini secara berterusan.
Sementara itu, beliau menjelaskan program 'One Stop Committee' (OSC) yang dijalankan bersama rakan strategik secara holistik telah membawa impak yang sangat baik. 



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...