Kaedah takung air mula tunjuk petanda positif atasi kebakaran gambut di Miri




MIRI: Pasukan bomba dan penyelamat Miri menggunakan ‘kaedah bijak’ dengan menakung air dalam mengoperasikan pemadaman kebakaran belukar dan tanah gambut di sekitar kawasan tersebut.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong memberitahu, pihaknya telah mengepam air ke dalam lopak dan parit, dan meningkatkan aras air di kawasan gambut yang terbakar.

“Usaha ini bertujuan memadam terus api-api bawah tanah yang masih hidup.

“Hasil tinjauan di kawasan yang diisi air oleh Hyrosub HPPM pada pagi ini, ia menunjukkan perkembangan amat positif.
Katanya, kebanyakan kawasan didapati telah berair serta lembap dan kita berharap keadaan ini mengurangkan asap jerebu dengan cepat.

Pengisian air ke dalam petak katanya, dilakukan mulai jam 11 malam semalam dan masih diteruskan hingga ke hari ini.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...