Kekuatan & Kemampuan Mentadbir GPS Semakin Teserlah

KUCHING: Momentum kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus meningkat terutama melibatkan kemampuan mentadbir negeri ini secara sendiri tanpa bergantung kepada pihak lain.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia terbukti selepas segala keputusan dibuat sendiri termasuk melibatkan hasil mahsul negeri ini.



"Kita sekarang mempunyai kekuatan dan kemampuan sendiri.

"Setiap keputusan kita buat sendiri termasuk pengurusan hasil mahsul kita," katanya pada Sesi Randau GPS N.4 Pantai Damai anjuran PBB N.4 Pantai Damai di Kampung Bintawa Ulu malam ini.

Malah menurutnya, kerajaan Sarawak juga serius menyediakan dana yang besar untuk mengatasi masalah bekalan air dan elektrik ke seluruh negeri.

Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) berkata, sejarah juga tercipta apabila buat pertama kali pentadbiran Sarawak dipimpin sepenuhnya anak tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, penubuhan GPS bukan disebabkan tidak setia kepada Barisan Nasional (BN) tetapi lebih kepada usaha menuntut hak Sarawak.

"Kita sepatutnya diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri. Ini kerana kita merupakan wilayah yang bersama-sama membentuk Malaysia," ujarnya.

Dr Abdul Rahman menjelaskan, status wilayah penting untuk dikembalikan bagi memastikan hak Sarawak yang terhakis dikembalikan.

"Sarawak perlu mendapat hak sama rata bukannya dianggap sebagai negeri kelas kedua," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...