Hazard lonjak Chelsea ke tangga ketiga



Penyerang Chelsea, Eden Hazard (kanan) melepaskan diri dari halangan dua pemain West Ham pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto EPA

LONDON: Eden Hazard meledak dua gol bagi menghadiahkan Chelsea kemenangan 2-0 terhadap West Ham, awal pagi tadi sekali gus membawa skuad Maurizio Sarri ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid selepas enggan menandatangani kontrak baharu di Stamford Bridge melebihi 2020, perancang Belgium itu menunjukkan betapa Chelsea akan merindui khidmatnya menerusi gol pembukaan yang cukup menarik.

Selepas memperoleh bola di kawasan West Ham, Hazard kemudian menewaskan tiga pertahanan lawan sebelum dengan tenang menyumbat gol melepasi Lukasz Fabianski selepas 24 minit perlawanan berlangsung.

“Ia sesuatu yang istimewa,” kata Hazard. “Saya mengambil bola dan kemudian cuba untuk mara. Di dalam kotak penalti agak sukar untuk pertahanan lawan mencabar saya kerana jika mereka melakukan sentuhan ia boleh menjadi penalti.


Pemain Chelsea, Jorginho (kiri) menanduk bola sambil dicabar pemain West Ham, Manuel Lanzini pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto EPA

“Saya juga mungkin agak bertuah dengan rembatan itu. Saya mahu melakukan rembatan dengan pantas. Apabila saya melihat bola itu di dalam gawang saya amat gembira. Saya bertubuh kecil jadi bagus apabila saya bermain menentang pemain tinggi agak sukar untuk mereka mengubah arah.”

Begitupun, West Ham memaksa Chelsea untuk menunggu sehingga masa kecederaan untuk mengesahkan tiga mata dengan Hazard sekali lagi mempamerkan kehebatannya apabila mengawal baik bola di kawasan penalti sebelum meledak gol ke-19 musim ini.

Kecewa dengan ketangkasan kapten Belgium itu, peminat West Ham membalasnya dengan melaungkan “Eden Hazard, dia akan ke Madrid.”

Begitupun, Hazard menegaskan dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Mereka salah,” katanya mengenai tindakan penyokong West Ham itu. “Bagi saya ketika ini, saya hanya fokus terhadap Chelsea sehingga penghujung musim. Saya mahu menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik dan melakukan yang terbaik di Liga Europa.” - AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...