Penganggur ditahan penyalahgunaan dadah

BINTULU :  Polis menahan seorang penganggur disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah kediaman di Taman Kemena, Jalan Tanjung Batu, di sini, malam tadi.

Lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bintulu ketika memandu kenderaan jenis Vios berwarna hitam di kawasan terbabit,kira-kira jam 10.40 malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, pihak polis menemui  14 paket plastik putih tertulis perkataan Fruit Hunter dengan setiap satu berisi serbuk yang disyaki dadah berat kasar 416.92 gram.

Turut ditemui satu paket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah, berat kasar 34.49 gram, 13 biji pil warna merah jambu disyaki Estacy berat kadar 4.25 gram serta wang tunai berjumlah RM3,276.

Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas lebih kurang RM10, 000.

Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati suspek  turut positif  dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,ujarnya sambil menambah  semakan rekod polis turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang
rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A2, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,katanya.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan, gantung sampai mati mandatori.

Manakala, bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A2 Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan 10 kali sebatan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pula, boleh dikenakan denda tidak lebih RM100, 000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan juga diletak di bawah pengawasan untuk tempoh dua tahun.

Zulkipli, dalam pada itu, memohon   kerjasama   orang   awam   supaya   tampil   menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan penyalahgunaan atau  pengedaran dadah di bahagian ini.-SuaraSarawak


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...