Kanak-kanak OKU maut jatuh tingkat dua kuarters




MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah kuarters di Tanjung Lobang di sini pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata mangsa berusia lima tahun dan sembilan bulan itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Miri ketika mangsa dibawa ke hospital. 

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.15 petang semasa ibu mangsa memberikan susu kepadanya di bilik utama. Pengadu iaitu ibu mangsa pergi ke dapur seketika dan meninggalkan mangsa bersendirian sekejap untuk membuat kerja-kerja dapur. 

"Beberapa minit kemudian ibu mangsa kembali semula ke bilik dimana mangsa menyusu mendapati mangsa tidak ada di dalam bilik dan melihat tingkap bilik terbuka," katanya dalam kenyataan media. 

Lim berkata ibu mangsa melihat dari arah tingkap yang terbuka mendapati anaknya iaitu mangsa telah terbaring terlentang di atas lantai di tingkat bawah kuarters tersebut.

"Pengadu menghubungi ambulans dan membawanya ke Hospital Miri sebelum kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. 

"Mangsa ada mengalami kesan luka di bahagian kepala," katanya sambil menambah kes itudiklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...