33 penghuni tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar di Machan



KANOWIT: Seramai 33 penghuni dari enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas sebuah rumah yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran di di pasar Machan, hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.40 pagi itu, tiada mangsa dilaporkan cedera apabila semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Cuaca panas dan kering menyebabkan api marak dengan pantas, memaksa penghuni bergegas keluar menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit diketuai oleh PBK II Mohamad Bujang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi.

Operasi mengawal dan memadam kebakaran turut dibantu oleh lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Machan.

Turut berada di lokasi Ketua BBP Kanowit, PPgB Arrahman Chik.

Anggota bomba giat memadamkan sisa kebakaran

Pasukan bomba menggunakan satu aliran dua nozel, 200 kaki air dari pili bomba untuk memadam kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya rumah jenis tidak kekal tersebut.

Kebakaran dapat dikawal pada pukul 11.45 pagi dan kerja-kerja memadamkan sisa kebakaran masih dijalankan. 

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari komander operasi, rumah tersebut dihuni oleh enam keluarga dimana lima keluarga merupakan penyewa.

Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Kesemua mangsa yang terlibat ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Machan.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...