Bayi perempuan hadiah hari jadi Mommy - Shaheizy Sam



ISTERI Shaheizy Sam melahirkan bayi perempuan yang juga anak kedua mereka, pagi tadi. Foto IG


KUALA LUMPUR: Pelakon, Shaheizy Sam menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, jam 9.15 pagi tadi.


Katanya, keluarga kecilnya kini sudah bertambah dengan kehadiran bayi yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan, di sini.

“Kini, kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya ringkas dalam satu perkongsian menerusi Instagram.

Bintang Polis Evo itu berkata, kehadiran puterinya itu lebih bermakna kerana ia menjadi hadiah buat ibunya, Kathy Fauziah yang meraikan ulang tahun kelahiran, hari ini.

“Mommy dapat hadiah hari jadi yang tidak dijual. Mommy dan ‘baby girl’ berkongsi tarikh hari jadi yang sama. Selepas ini, kena beli dua hadiah. ‘Masak’ aku,” usik Sam dalam satu entri lain.

Sementara itu, Syatilla tidak ketinggalan berkongsi rasa syukur di atas kelahiran anak kedua mereka.

“Alhamdulillah, bayi perempuan kami sudah lahir. Sihat gebu anak perempuan saya.

Tadi, sempat buat tutorial mekap dalam bilik pembedahan. Terima kasih suami kerana sentiasa di sisi,” katanya dalam satu perkongsian.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 itu sebelum ini, dikurniakan anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...