JBALB Dipuji Ambil Tindakan Pantas Sekiranya Berlaku Gangguan Bekalan Air

MERADONG: Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Hal Ehwal Korporat), YB Abdullah Saidol menghadiri Dialog Gangguan Bekalan Air di Sungai Sian di Pejabat Daerah Meradong di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop kemudian memuji tindakan pantas pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) bahagian Sarikei dan daerah Meradong sekiranya berlaku kes gangguan bekalan air.
"Setiap kali berlakunya kes seperti paip bocor atau paip pecah, petugas JBALB Sarikei dan Meradong akan bertindak pantas dalam membaikpulih bekalan air.
"Ini menunjukkan komitmen tinggi para petugas dalam memastikan pengguna atau masyarakat setempat mendapat bekalan air dalam kadar segera," katanya semasa dalam dialog di Pejabat Daerah Meradong di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau mahu setiap pihak berkaitan supaya sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya masalah bekalan air.
"Saya juga berharap Loji Perawatan air di Temendak di sini dapat disiapkan sebelum perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri akan datang.
"Ini sekali gus memastikan masyarakat setempat dapat meraikan kedua-dua perayaan tanpa sebarang gangguan," katanya. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...