Kerajaan Sarawak akan membina sebuah lapangan terbang di Bukit Mabong sebanyak RM100 juta.

Ketua Menteri memberitahu, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Kapit.
Jelasnya, jumlah peruntukan itu termasuk RM550 juta yang diperuntukkan bagi melaksanakan 50 projek rakyat di bahagian Kapit.
“Manakala, di bawah Upper Rajang Development Authority (URDA), agensi yang khas untuk membangunkan kawasan Ulu Rajang, kita telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.
“Beberapa projek ini masih lagi dalam proses pelaksanaan dan apabila ia siap kelak, kita yakin ia akan memberikan impak besar kepada bahagian Kapit,” ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri memberitahu, Kerajaan Sarawak juga akan membina sebuah lapangan terbang di Bukit Mabong di sini dengan kos sebanyak RM100 juta.
“Pembinaan projek lapangan terbang ini dilakukan pada hujung tahun ini dan ia akan memberi kesan bukan saja dari sudut pembangunan, pertanian dan juga sektor pelancongan di Ulu Rajang.
“Ini sudah tentu akan memberikan impak yang besar dan Kapit tidak lagi seperti mana orang fikirkan sebagai kawasan yang ‘very remote’.
“Saya yakin Kapit dalam masa 10 tahun akan menjadi satu tempat pertengahan pembangunan kerana pada 10 tahun saya jangkakan ada jalan yang menghubung Kapit ke kawasan Baleh, Belaga, Bintulu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...