Syabu : Penganggur diberkas di Kampung Hulu Supa

BETONG: Rampasan beg pinggang jenama 'Supreme' milik seorang penganggur di Kampung Hulu Supa, pagi tadi membawa kepada penemuan 20.88 gram dadah jenis Syabu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Betong Deputi Superintendan Mohd Fahdil Antum Abdullah memberitahu, ia berikutan kecekapan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dalam menghidu jenayah yang berlaku di sekeliling disamping kerjasama orang ramai.

Katanya, polis menahan seorang pemuda dalam lingkungan 20-an yang merupakan pemilik beg pinggang berwarna biru yang dirampas dekat sebuah rumah di Kampung Hulu Supa.

"Lebih mengejutkan, pihak kita menemukan 136 tiub straw bewarna merah selain empat peket plastik kecil berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 20.88 gram," katanya.

Menurut Fahdil, suspek disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952.

Jika disabit bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali atau tidak lebih daripada sembilan sebatan.

Suspek warga tempatan dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...